ISTANBUL: Satu jawatankuasa menteri Arab-Islam mengenai Gaza menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menolak permohonan visa delegasi Palestin ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York bulan depan, menurut laporan Anadolu Ajansi. Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu menggesa pentadbiran AS menarik balik keputusan tersebut, sambil menekankan kepentingan mematuhi tanggungjawab AS di bawah Perjanjian Ibu Pejabat PBB, termasuk menyediakan ruang untuk dialog diplomatik. “Penolakan visa ini bukan…