KAHERAH: Hamas kelmarin mengesahkan persetujuan terhadap cadangan gencatan senjata selama 60 hari di Gaza yang turut merangkumi pembebasan 10 tebusan hidup, hasil rundingan pengantara Mesir dan Qatar. Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak maklum balas itu dan menegaskan rejimnya tetap meneruskan pelan menawan Gaza City serta rancangan memindahkan penduduk ke selatan wilayah berkenaan. Seorang pegawai Israel mendakwa, pendirian negara itu tidak berubah, dengan menegaskan pembebasan semua tebusan serta pematuhan…










