JAKARTA: Elaun perumahan bulanan baharu ahli Parlimen Indonesia yang diumumkan minggu lalu berjumlah 50 juta rupiah (RM12,957), hampir 10 kali ganda daripada gaji minimum di ibu negara Jakarta. Faedah baharu yang diumumkan pada Selasa lalu itu mencetus bantahan besar-besaran rakyat Indonesia ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi dan langkah penjimatan kerajaan. Ia dianggap tidak sensitif oleh pakar dan rakyat kerana diumumkan hanya beberapa hari selepas Presiden, Prabowo Subianto berjanji melaksanakan langkah…