DHAKA: Bangladesh kini mengaku tidak lagi mampu memperuntukkan sumber tambahan bagi menampung jumlah pelarian Rohingya yang terus meningkat, sementara sokongan antarabangsa pula semakin merosot. Ketua kerajaan sementara negara itu, Muhammad Yunus menyuarakan kebimbangan tersebut ketika berucap pada persidangan dua hari di Cox’s Bazar pada Isnin. Persidangan itu dianjurkan menjelang mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada September depan. Krisis Rohingya kini memasuki tahun kelapan sejak ratusan ribu…