AS guna pempengaruh tarik minat belia sertai tentera

AS guna pempengaruh tarik minat belia sertai tentera

WASHINGTON berusaha meningkatkan penglibatan golongan muda dalam perkhidmatan pertahanan negara menggunakan khidmat pempengaruh. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan khidmat pempengaruh media sosial bagi menarik minat Generasi Z untuk menyertai pasukan keselamatan itu negara itu.

Langkah tersebut menyaksikan beberapa personaliti terkenal media sosial tampil dengan kandungan berbayar, memaparkan pengalaman mereka menjalani latihan asas ketenteraan dan aktiviti ekstrem bersama anggota tentera.

Jurucakap pengambilan tentera, Madison Bonzo berkata kerjasama dengan pempengaruh gaya hidup seperti tukang masak, atlet sukan ekstrem dan pengembara dapat memperluaskan capaian kepada khalayak baharu.

“Kerjasama ini meningkatkan keterlihatan tentera, memberi kesedaran kepada audiens yang belum terdedah serta menjelaskan potensi kerjaya ketenteraan dalam cara yang unik dan kreatif,” katanya.

Namun, strategi itu tidak lari daripada kritikan apabila sebahagian netizen menyifatkannya sebagai bentuk propaganda di saat tentera AS giat membantu Israel dalam konflik Gaza yang semakin tidak popular dalam kalangan rakyat sendiri.

Profesor di Universiti Southern California, Robert Kozinets berkata teknik pemasaran itu hakikatnya tidak jauh berbeza daripada iklan lain.

“Kita sudah biasa melihat selebriti mengiklankan produk yang sebenarnya mereka sendiri tidak gunakan,” katanya.

Tentera AS sebelum ini berdepan cabaran mencapai sasaran pengambilan anggota.

Namun, angka itu kembali pulih apabila pada tahun lalu, tentera AS memenuhi sasaran pengambilan 61,000 anggota baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×