WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan khidmat pempengaruh media sosial bagi menarik minat Generasi Z untuk menyertai pasukan keselamatan itu negara itu. Langkah tersebut menyaksikan beberapa personaliti terkenal media sosial tampil dengan kandungan berbayar, memaparkan pengalaman mereka menjalani latihan asas ketenteraan dan aktiviti ekstrem bersama anggota tentera. Jurucakap pengambilan tentera, Madison Bonzo berkata kerjasama dengan pempengaruh gaya hidup seperti tukang masak, atlet sukan ekstrem dan pengembara dapat memperluaskan capaian kepada…