ANCHORAGE: Seorang penduduk tempatan menjadi ‘pemenang besar’ selepas sidang kemuncak berprofil tinggi antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Russia, Vladimir Putin di Anchorage minggu lalu apabila menerima hadiah motosikal baharu bernilai AS$22,000 (RM92,926) daripada kerajaan Russia. Mark Warren, 67, seorang bekas pemeriksa bomba di Perbandaran Anchorage, menerima sebuah motosikal Ural Gear Up lengkap dengan ruang sisi sebagai tanda penghargaan, seminggu selepas temu bualnya bersama kru televisyen Russia…