CARACAS: Sekumpulan remaja berbakat dari Venezuela terpaksa melupakan impian mereka untuk menyertai Kejohanan Besbol Remaja Dunia di Amerika Syarikat (AS) selepas permohonan visa mereka ditolak, mencetuskan kekecewaan mendalam dalam kalangan pemain, keluarga dan penganjur. Pasukan berkenaan, Cacique Mara dari Maracaibo, Venezuela menewaskan pelbagai pasukan dari seluruh Amerika Latin untuk muncul juara kejohanan Liga Kecil Besbol Latin Amerika di Mexico pada 16 Jun lalu. Kemenangan itu sepatutnya melayakkan mereka menyertai Senior…










