WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan terkejut dengan tindakan ketenteraan Israel di Gaza dan Syria minggu lalu dan telah segera menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi ‘membetulkan keadaan’, menurut kenyataan Rumah Putih. Insiden itu menonjolkan hubungan yang semakin tegang antara kedua-dua pemimpin, walaupun secara rasmi digambarkan sebagai sekutu rapat. Serangan ke atas satu-satunya gereja Katolik di Gaza pada Khamis lalu mencetuskan reaksi negatif serta-merta daripada Trump, yang kemudian menelefon Netanyahu bagi menyuarakan rasa tidak puas hati serta menggesa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa serangan itu adalah satu kesilapan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya