TURNBERRY: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Kemboja dan Thailand dan menggesa kedua-dua negara itu berusaha mencapai gencatan senjata segera susulan pertempuran di sempadan. Dalam permulaan lawatan peribadinya ke padang golf miliknya di Scotland, Trump menerusi laman Truth Social berkata, kedua-dua negara sudah bersetuju untuk segera bertemu dan merangka gencatan senjata dan keamanan. Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai mengesahkan pada prinsipnya, pihak Thailand bersetuju…










