MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa sejumlah dana bernilai AS$100 juta (RM1.3 bilion) yang dikumpulkan melalui konsert amal FireAid bagi membantu mangsa kebakaran hutan di California telah ‘hilang’, lapor agensi berita Sputnik. Konsert FireAid, yang dianjurkan oleh Yayasan Annenberg pada Januari 2025, berjaya mengumpul dana besar bagi membantu mangsa kebakaran Eaton dan Palisades yang mengorbankan lebih 30 nyawa serta menyebabkan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal di kawasan…










