MANILA: Sekurang-kurangnya 30 nyawa terkorban di Filipina akibat kesan fenomena monsun barat daya menyaksikan tiga siklon tropika membadai negara ini sejak minggu lalu. Bencana alam ini mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa kawasan, menurut laporan agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa Filipina hari ini. Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) dalam laporan terkininya memaklumkan bahawa tujuh individu masih dilaporkan hilang, dipercayai sama ada dihanyutkan…