KAHERAH: Kereta kebal Israel memasuki kawasan selatan dan timur bandar Deir al-Balah di Gaza buat pertama kali kelmarin, dipercayai sebagai lokasi pejuang Hamas mungkin menahan tebusan. Kawasan itu dipenuhi penduduk Palestin yang dipaksa berpindah akibat peperangan berlarutan selama lebih 21 bulan, dan ratusan mereka melarikan diri ke arah barat atau selatan selepas Israel mengeluarkan arahan pemindahan, dengan alasan ingin memusnahkan infrastruktur serta keupayaan pejuang Hamas. Menurut petugas perubatan tempatan, serangan…










