NEW YORK: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan lebih 17,000 kanak-kanak terbunuh sejak permulaan serangan Israel di Gaza bersamaan purata 28 kanak-kanak mati setiap hari. Statistik mengejutkan mengenai mangsa dalam kalangan kanak-kanak akibat serangan Israel itu didedahkan Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russel dalam sesi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu sekaligus terus menimbulkan kebimbangan antarabangsa. “Ia seolah-olah kita kehilangan satu kelas pelajar setiap hari selama dua tahun,”…