SONGKHLA: Corak pelancongan rakyat Malaysia ke selatan Thailand kini menunjukkan perubahan ketara apabila semakin ramai memilih untuk melancong secara persendirian menggunakan kenderaan sendiri, sekali gus menjejaskan pendapatan pemandu pelancong tempatan, terutamanya di bandar pelancongan popular Hat Yai, lapor Bangkok Post. Menurut Presiden Persatuan Promosi Pelancongan Songkhla, Songchai Mungprasitthichai, sekitar 40 peratus pelancong Malaysia kini memasuki wilayah itu sebagai pelancong bebas, berbanding sebelum ini yang lebih cenderung melancong secara berkumpulan dengan van atau bas, yang lazimnya menggunakan khidmat pemandu pelancong berlesen sebaik tiba di sempadan Thailand. “Pelancong hari ini mahukan kebebasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya