DAMSYIK: Presiden Syria, Ahmad Al-Sharaa dilaporkan terselamat daripada tiga cubaan pembunuhan dalam tempoh tujuh bulan kebelakangan ini, menurut laporan akhbar Yedioth Ahronoth. Cubaan pertama dilaporkan berlaku pada Mac ketika unit keselamatan Turki mengesan aktiviti mencurigakan semasa Sharaa meninggalkan Istana Rakyat (Istana Presiden). Tiga pengawal keselamatan berjaya menggagalkan serangan itu dan menahan suspek yang kemudiannya disoal siasat. Menurut laporan, Sharaa mengarahkan agar insiden itu dirahsiakan bagi mengekalkan imejnya sebagai pemimpin kuat dan tidak tergugat. Cubaan kedua yang digambarkan lebih rumit berlaku semasa lawatan beliau ke wilayah Daraa di selatan Syria, berhampiran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya