'Pertempuran kecil' Thailand-Kemboja sudah reda - Utusan Malaysia

‘Pertempuran kecil’ Thailand-Kemboja sudah reda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURIN, Thailand: Gencatan senjata yang rapuh antara Thailand dan Kemboja dmasih bertahan hari ini meskipun Thailand mendakwa perjanjian damai dicabuli dengan pertempuran kecil sepanjang malam.

Susulan rundingan damai yang berlangsung di Malaysia pada Isnin, kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat bermula tengah malam, bagi menamatkan pertempuran yang tercetus akibat perebutan beberapa kuil purba di kawasan pertikaian sepanjang sempadan sejauh 800 kilometer.

Pada hari Selasa, tentera Thailand mendakwa tentera Kemboja melancarkan serangan bersenjata di beberapa kawasan dalam ‘cubaan jelas untuk menggugat kepercayaan bersama’, namun memaklumkan pertempuran kini sudah berhenti.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata menegaskan tiada pertempuran bersenjata antara kedua-dua pihak berlaku di mana-mana kawasan.

Kedua-dua pihak memaklumkan beberapa mesyuarat pagi antara komander tentera Thailand Kemboja berjalan seperti yang dirancang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN