Perbicaraan Bolsonaro keruhkan hubungan Trump dengan Brazil

Perbicaraan Bolsonaro keruhkan hubungan Trump dengan Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Brazil dan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan perbalahan kelmarin susulan sokongan Presiden Donald Trump terhadap bekas pemimpin yang dituduh cuba melakukan rampasan kuasa, Jair Bolsonaro.

Sebagai langkah tekanan, Trump mengenakan tarif sebanyak 50 peratus terhadap satu daripada pembekal keluli utama Brazil, sekali gus mendorong Presiden Luiz Inacio Lula da Silva mengancam untuk membalasnya.

Sebelum ini, Presiden AS itu mengkritik sekeras-kerasnya pendakwaan terhadap sekutu sayap kanan, Bolsonaro, yang dibicarakan bagi tuduhan merancang untuk terus berkuasa selepas kalah dalam pilihan raya 2022 kepada Lula.

Rabu lalu, Brasilia memanggil wakil tertinggi diplomatik AS di negara itu untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan kedutaan Amerika yang menyifatkan Bolsonaro sebagai mangsa ‘penganiayaan politik’.

Ia selaras dengan dakwaan Trump mengenai pemimpin berusia 70 tahun itu menjadi mangsa ‘pemburuan ahli sihir’.

Trump kemudiannya mengumumkan untuk mengenakan tarif sebanyak 50 peratus terhadap import dari Brazil bermula 1 Ogos, dengan alasan ‘serangan berbahaya Brazil terhadap Pilihan Raya Bebas’ dan memberi amaran peningkatan jika negara itu bertindak balas.

Dalam surat ditujukan kepada Lula, Trump mengkritik layanan terhadap Bolsonaro sebagai ‘aib antarabangsa’ dan mendakwa perbicaraan terhadap bekas pemimpin Brazil kitu tidak sepatutnya berlaku.

Beliau turut memaklumkan Washington akan melancarkan siasatan terhadap amalan perdagangan Brazil.

Walaupun Trump menghantar beberapa surat kepada rakan dagang, Brazil sebelum ini tidak termasuk dalam senarai negara yang diancam kenaikan tarif mulai 1 Ogos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN