TEL AVIV: Ketua Turus Tentera Israel, Jeneral Eyal Zamir menegaskan konflik ketenteraan menentang Iran masih belum berakhir dan terus menjadi tumpuan utama rejim tersebut, lapor agensi berita Anadolu pada Selasa. “Iran dan sekutunya masih menjadi sasaran kami. Kempen menentang Iran belum tamat,” kata Zamir semasa menghadiri mesyuarat penilaian ketenteraan yang dipetik menerusi kenyataan rasmi tentera Israel. Zamir memaklumkan beliau telah mengarahkan pasukan tentera agar bersiap sedia menghadapi kempen berskala besar…










