MOSCOW: Bekas Menteri Pengangkutan Russia, Roman Starovoit ditemukan mati dengan kesan tembakan yang dipercayai dilakukan sendiri, menurut kenyataan Jawatankuasa Penyiasatan Russia. Starovoit yang baru sahaja dipecat oleh Presiden, Vladimir Putin pada Isnin, dilaporkan meninggal dunia tidak lama selepas pemecatannya diumumkan. Tiada sebab rasmi diberikan atas pemecatannya dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Andrei Nikitin diumumkan sebagai pengganti sejurus selepas itu. Jawatankuasa Penyiasatan memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.…