BRUSSELS: Sebuah mahkamah sivil di Brussels telah mengarahkan kerajaan wilayah Flanders untuk menghentikan semua penghantaran peralatan ketenteraan dan barangan yang berpotensi digunakan bagi tujuan ketenteraan ke Israel melalui wilayahnya, termasuk Pelabuhan Antwerp, lapor agensi berita Belga pada Khamis. Perintah mahkamah ini susulan cabaran undang-undang oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) Belgium, yang berhujah penghantaran tersebut berisiko melanggar undang-undang perdagangan senjata negara dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Kes ini berpusat pada satu…










