Lebih 160 hilang banjir di Texas

Lebih 160 masih hilang akibat banjir di Texas

texas
PASUKAN penyelamat melakukan rondaan mencari mangsa banjir kilat yang hilang di Sungai Guadalupe di Kerrville, Texas. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUNT: Lebih 160 orang masih belum ditemukan selepas banjir dahsyat melanda Texas,sekali gus menunjukkan peningkatan ketara jumlah orang hilang daripada tragedi yang setakat ini sudah meragut 109 nyawa.

Empat hari selepas banjir kilat melanda beberapa daerah di Texas, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat semakin pudar, dan Gabenor Greg Abbott memberi amaran senarai mereka yang belum ditemui mungkin akan terus bertambah.

“Di daerah Kerr sahaja, terdapat 161 orang hilang. Mungkin lebih ramai lagi akan ditambah ke dalam senarai itu,” katanya, sambil menjelaskan angka tersebut berdasarkan laporan daripada rakan, saudara-mara, dan jiran mangsa.

Daerah Kerr, yang terletak di kawasan tengah Texas yang dikenali sebagai “Laluan Banjir Kilat”, mengalami kerosakan paling teruk, dengan sekurang-kurangnya 94 kematian dicatatkan.

Ini termasuk 27 orang kanak-kanak perempuan dan kaunselor yang mengikuti kem musim panas di Sungai Guadalupe apabila sungai tersebut melimpah pada awal pagi Jumaat, semasa sambutan cuti Hari Kemerdekaan AS (Fourth of July) bermula.

Air deras menyapu kawasan perkhemahan itu, meng­hanyutkan kabin ketika ratusan orang sedang tidur.

Di kawasan lain di negeri itu, sekurang-kurangnya 15 ke­matian dilaporkan setakat ini.

Ben Baker dari Texas Game Wardens berkata, usaha mencari dan menyelamat menggunakan helikopter, dron dan anjing pengesan amat sukar disebabkan air dan lumpur.

“Apabila kami cuba melakukan pemulihan, timbunan besariaitu sisa banjir ini sangat menghalang, dan untuk masuk jauh ke dalam timbunan ini amat berbahaya,” kata Baker.

Di bandar Hunt, pusat bencana tersebut, pihak berkuasa memberi amaran mengenai hujan lebat yang dijangka berterusan dan boleh menjejaskan pencarian.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN