Kelab bola sepak didenda letak tangkal dalam bilik pasukan lawan

Kelab bola sepak didenda letak tangkal di bilik pasukan lawan

SEBUAH kelab bola sepak China didenda selepas meletakkan tangkal dalam bilik persalinan pihak lawan untuk memperoleh kemenangan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah kelab bola sepak dari China didenda 30,000 yuan (RM19,000) selepas didapati meletakkan tangkal kertas di bilik persalinan pasukan lawan untuk memberi kelebihan kepada pasukan sendiri.

Changchun Xidu FC yang beraksi dalam saingan Liga Dua China didapati bersalah meletakkan beberapa barangan kepercayaan feudal dan tahyul di bilik persalinan pasukan pelawat sebelum perlawanan menentang Shanxi Chongde Ronghai pada 28 Jun lalu.

Gambar-gambar yang tersebar luas di media sosial China memaparkan tangkal kertas berwarna kuning bertulisan seperti ‘Dengan perintah ini, Shanxi Chongde Ronghai mesti dikalahkan’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tangkal yang dikenali sebagai ‘fu’ itu merupakan amalan Taoisme yang dipercayai dapat menyalurkan tenaga roh untuk membawa tuah namun, ia juga sering disalahgunakan bagi tujuan menimpakan nasib malang kepada orang lain.

Selepas meneliti bukti yang dikemukakan, Liga Bola Sepak Profesional China (CFL) mendapati kelab itu menggunakan barangan tahyul demi meningkatkan peluang kemenangan.

Walaupun pasukan itu menewaskan Shanxi Chongde Ronghai dengan keputusan 2-0, kejayaan tersebut tercemar dengan kontroversi penggunaan tangkal kertas tersebut.

Ini bukan kali pertama pasukan lawan menemui tangkal ketika menentang Changchun Xidu FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini