METZ: Karya seni kontroversi ciptaan artis Itali, Maurizio Cattelan, yang menampilkan sebiji pisang segar dilekatkan pada dinding dengan pita pelekat, sekali lagi menjadi perhatian selepas dimakan oleh pengunjung sebuah muzium di Perancis. Karya berjudul “Comedian” itu dimakan oleh seorang pengunjung di Centre Pompidou Metz, di timur Perancis pada 12 Julai lalu, menurut kenyataan rasmi pihak muzium yang dikeluarkan Isnin lalu. “Pasukan keselamatan bertindak pantas dan tenang mengikut prosedur dalaman,” kata…










