BENGALURU: Siasatan terhadap nahas pesawat Air India bulan lalu yang meragut 260 nyawa kini tertumpu kepada suis kawalan bahan api, selepas laporan awal dan rakaman kotak hitam mendedahkan kemungkinan kecuaian manusia. Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ) semalam, rakaman perbualan juruterbang menunjukkan kapten pesawat dipercayai mematikan suis yang mengawal aliran bahan api ke kedua-dua enjin. Sumber terdekat siasatan dari Amerika Syarikat (AS) berkata, suis tersebut dialihkan dari kedudukan ‘run’ kepada ‘cut off’ sejurus selepas pesawat berlepas, mengakibatkan kegagalan kuasa enjin secara serentak. Pesawat jenis Boeing 787 Dreamliner, yang dalam perjalanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya