Israel serang tiga sasaran Houthi di Yemen - Utusan Malaysia

Israel serang tiga sasaran Houthi di Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Israel menyerang sasaran Houthi di tiga pelabuhan Yemen dan sebuah loji janakuasa, menurut kenyataan tentera Israel awal pagi Isnin, menandakan serangan pertama Israel terhadap negara itu dalam hampir sebulan.

Serangan di pelabuhan Hodeidah, Ras Isa dan Salif, serta loji janakuasa Ras Qantib itu dilakukan susulan serangan berulang oleh Houthi terhadap Israel, tambah tentera tersebut.

Israel turut menyerang kapal Galaxy Leader di pelabuhan Ras Isa, yang telah dirampas oleh kumpulan Houthi pada akhir 2023.

“Houthi memasang sistem radar pada kapal itu dan menggunakannya untuk mengesan kapal-kapal di ruang maritim antarabangsa, bagi menyokong aktiviti mereka,” kata tentera Israel.

TV Al-Masirah yang dikendalikan Houthi melaporkan Israel telah melancarkan beberapa serangan terhadap Hodeidah, sejurus selepas tentera Israel mengeluarkan amaran pemindahan kepada orang awam di tiga pelabuhan tersebut.

Serangan ini berlaku beberapa jam selepas sebuah kapal diserang di luar pelabuhan Laut Merah di bandar Hodeidah, dan anak kapalnya telah meninggalkan kapal tersebut apabila ia mula dimasuki air.

Tiada pihak yang segera mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun firma keselamatan Ambrey berkata kapal tersebut sepadan dengan profil biasa sasaran Houthi.

Sejak bermulanya perang di Gaza pada Oktober 2023, kumpulan Houthi yang disokong Iran telah melancarkan serangan terhadap Israel dan kapal-kapal di Laut Merah, mengganggu perdagangan global, sebagai tindakan solidariti dengan rakyat Palestin.

Kebanyakan peluru berpandu dan dron yang dilancarkan ke arah Israel telah dipintas atau jatuh sebelum sampai ke sasaran. Israel telah melaksanakan beberapa siri serangan balas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN