Israel latih, beri senjata kepada penduduk Yahudi tindas rakyat Palestin

Israel latih, beri senjata kepada penduduk Yahudi tindas rakyat Palestin

PENDUDUK haram Yahudi membaling batu ke arah rakyat Palestin di Sinjil, Tebing Barat pada 4 Julai lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Israel kini melancarkan unit baharu terdiri daripada sukarelawan Yahudi bagi membantu mereka ‘mengawal pergerakan penduduk Palestin’.

Langkah terbaharu itu secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan kumpulan hak asasi.

Media Israel melaporkan, pasukan sukarelawan itu terdiri daripada masyarakat Yahudi dari kawasan penempatan di Tebing Barat, menurut pengumuman pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang pada malam Rabu.

Kumpulan hak asasi menyifatkannya sebagai kumpulan militia persendirian yang setia kepada Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.

Pasukan separa polis ini yang menyatakan tujuan utamanya memberi ‘tindak balas segera terhadap serangan pengganas’ sebelum ketibaan polis dan tentera IDF kini sudah dianggotai seramai lebih 100 sukarelawan.

Mereka juga dilengkapi dengan pelbagai senjata dan peralatan taktikal.

CETUS KEBIMBANGAN

Kehadiran pasukan baharu ini membimbangkan kumpulan pemantau penempatan, yang memberi amaran langkah tersebut hanya akan memburukkan lagi fenomena serangan oleh penduduk haram Yahudi.

Fenomena ini dilaporkan semakin memuncak dalam dua tahun kebelakangan, menyebabkan ramai rakyat Pa­lestin di Tebing Barat melarikan diri dari kampung mereka kerana takut akan keganasan.

Unit itu juga dirasmikan dalam satu majlis malam Rabu di bandar Hebron, Tebing Barat, menyaksikan Ben Gvir turut berucap kepada rekrut baharu.

Beliau berkata, seramai 105 sukarelawan direkrut ke dalam unit baharu berkenaan, yang akan ditempatkan di penempatan Efrat, Gush Etzion, Kiryat Arba, Hebron dan Majlis Serantau Megilot.

“Skuad ini mewakili satu anjakan daripada ‘mentaliti bertahan’ kepada mentaliti yang lebih berani, militan dan ofensif,” kata Gvir.

Dalam pada itu, kumpulan aktivis Peace Now menyifatkan pasukan baharu itu sebagai ‘militia bersenjata terdiri daripada rakan-rakan Gvir’ dan mendakwa polis ‘memberi kuasa dan sokongan kepada golongan ekstremis untuk melemahkan keselamatan.”

Organisasi itu turut Pasukan Pertahanan Tentera Israel (IDF) menubuhkan ‘batalion pertahanan wilayah’ di Tebing Barat.

Sejak batalion itu ditubuhkan, terdapat banyak tuduhan keganasan terhadap rakyat Palestin melibatkannya, dengan pelbagai insiden menunjukkan unit-unit ini melakukan keganasanan, gangguan serius dan pemusnahan harta benda terhadap rakyat Palestin.

“Menerusi pengalaman dua tahun lalu, batalion ini diberi senjata dan kuasa yang kononnya untuk membanteras keganasan. Tetapi, mereka sebenarnya yang pengganas kerana menindas rakyat Palestin secara agresif.

“Mereka ini yang mencetuskan keganasan dan bukannya menghalang ia daripada berlaku,” kata Peace Now.

Kumpulan sukarelawan Israel, Yesh Din juga menentang keganasan oleh penduduk haram Yahudi dengan menyatakan pemberian senjata dan pakaian seragam kepada golongan itu hanya mencetuskan ‘lebih banyak keganasan terhadap rakyat Palestin’, selain menyaksikan mereka bertindak melebihi kapasiti yang diberi.

Namun, disebabkan kumpulan itu mendapat sokongan penuh daripada pihak berkuasa Israel, maka tiada langkah diambil untuk mengehadkan tindakan mereka terhadap rakyat Palestin.

Yesh Din berkata, kewujudan unit baharu ini hanya akan meningkatkan bahaya terhadap rakyat Palestin dan bukannya membantu menguatkuasakan undang-undang.

KUASA KHAS

Pihak berkuasa Israel memaklumkan, kumpulan sukarelawan itu diberikan ‘kuasa polis khas’ selepas menjalani latihan menentang keganasan dalam beberapa minggu ini.

Mereka diberikan peralatan tempur canggih termasuk senjata, pakaian seragam taktikal, dan kelengkapan perlindungan.

Cawangan pertama unit ini ditubuhkan di penempatan Maale Adumim, terletak di timur Baitulmuqaddis, menurut Datuk Bandar Guy Yifrach pada akhir Mei.

Ben Gvir, yang mengetuai pasukan polis, sering mempromosikan usahanya untuk merekrut orang awam ke dalam penguatkuasaan undang-undang melalui skuad keselamatan sukarelawan.

Beliau turut melaksanakan inisiatif serupa dalam garisan sempadan Hijau, tetapi skuad ini telah dikritik kerana beroperasi tanpa pemantauan yang betul dan menahan individu tanpa sebab munasabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×