Iran ada hak bangunkan nuklear untuk tujuan aman - Putin

Iran ada hak bangunkan nuklear untuk tujuan aman – Putin

iran
VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu rakan sejawatannya dari Perancis Emmanuel Macron melalui panggilan telefon pada hari Selasa bahawa sekutu Moscow, Iran mempunyai “hak” untuk membangunkan program nuklear untuk tujuana aman, kata Kremlin.

Putin menekankan “hak undang-undang Tehran dalam membangunkan (program) nuklear secara aman”, menurut transkrip panggilan itu yang diedarkan Kremlin.

Kedua-dua presiden bersetuju bahawa konflik mengenai program nuklear Iran dan konflik Asia Barat yang lain harus diselesaikan secara “eksklusif” melalui cara diplomatik dan kedua-dua pemimpin itu akan “meneruskan hubungan” mengenai perkara ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN