BANGKOK: Kerajaan Thailand mengumumkan status berjaga-jaga di 33 wilayah minggu ini susulan amaran hujan lebat berterusan yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh. Timbalan Jurucakap Kerajaan, Sasikan Watthanachan, berkata Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) telah mengeluarkan amaran kepada wilayah di utara, timur laut, tengah dan selatan negara itu. “Semua agensi berkaitan di kawasan berisiko diarahkan untuk bersiap siaga sepanjang masa, memantau kemungkinan banjir kilat, limpahan hujan, tanah runtuh serta banjir di kawasan rendah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Sasikan menjelaskan pihak berkuasa wilayah dan pusat pencegahan bencana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya