KABUL: Empat penumpang disahkan maut dan lima lagi cedera apabila sebuah kereta bertembung dengan sebuah bas mini di lebuh raya di wilayah Jawzjan utara pada pagi Rabu, lapor agensi berita Bakhtar.
Kemalangan maut itu berlaku di jalan yang menghubungkan Jawzjan ke daerah Andkhoi di wilayah jiran Faryab kerana kecuaian pemandu, kata laporan itu.
Sekurang-kurangnya 20 penumpang terbunuh di wilayah Faryab dan Jawzjan sejak Khamis lalu, dan pemanduan melulu dipersalahkan atas kemalangan itu. – XINHUA