GAZA: Anak-anak Akram Basheer menangis akibat kelaparan namun, dia hanya mampu berjanji yang mereka boleh makan apa sahaja selepas perang berakhir. Namun, Akram tahu, janji itu mungkin tidak dapat ditunaikan kerana dia tidak tahu sama ada dia masih bernyawa atau tidak apabila perang tamat. Lebih sedih, Akram amat takut bila memikirkan anak-anaknya mungkin ‘pergi dahulu’ akibat kebuluran yang semakin serius. “Saya tahu saya tidak boleh buat apa-apa ketika ini selain…










