BRASILIA: Kerajaan Brazil secara rasmi mengumumkan hasratnya campur tangan dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang menuduh Israel melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Brazil pada hari Rabu, Brazil memaklumkan mereka kini berada di peringkat akhir penyediaan dokumen untuk penglibatan rasmi dalam kes tersebut. “Masyarakat antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap kekejaman…