WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Ahad mengumumkan beliau akan menghantar peluru berpandu pertahanan udara Patriot ke Ukraine. Trump memaklumkan penghantaran itu diperlukan untuk mempertahankan negara tersebut kerana Presiden Russia, Vladimir Putin enggan menamatkan perang. Trump tidak menyatakan jumlah sistem Patriot yang akan dihantar, namun menegaskan AS akan dibayar balik sepenuhnya oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi kos peluru berpandu tersebut. Presiden AS itu semakin hilang kepercayaan terhadap Putin kerana pemimpin Rusia itu enggan menerima usaha Trump untuk merundingkan gencatan senjata antara Ukraine dan Rusia. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya