MOSCOW: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Timur Ivanov, dipenjara 13 tahun oleh mahkamah semalam selepas didapati bersalah bagi tuduhan rasuah. Ivanov, yang ditahan pada April 2024 atas dakwaan menerima rasuah, turut berdepan tuduhan tambahan membabitkan penyelewengan dana yang difailkan oleh pihak penyiasat pada Oktober tahun lalu. Kes Ivanov merupakan antara skandal rasuah terbesar yang melanda sektor pertahanan Rusia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan lebih sedozen individu termasuk dua lagi bekas timbalan menteri turut ditahan dalam siri siasatan berprofil tinggi itu. Ivanov, yang sebelum ini menafikan semua tuduhan, turut dilucutkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya