PARIS: Sebuah beg tangan usang tetapi unik yang direka khas untuk penyanyi dan pelakon terkenal, Jane Birkin oleh jenama mewah Hermès dilelong pada harga 8.6 juta euro (RM44 juta) dalam satu acara lelongan di Paris, menjadikannya aksesori fesyen paling mahal pernah dijual di benua Eropah. Beg tangan prototaip berwarna hitam itu yang digunakan Birkin selama sembilan tahun masih mengekalkan pelekat asal yang ditampal oleh ikon budaya Perancis itu, yang juga dikenali sebagai ‘petite Anglaise’ kesayangan rakyat Perancis. Beg tersebut pada awalnya dijangka dijual pada harga enam angka, namun suasana bertukar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya