RIYADH: Arab Saudi dilaporkan memainkan peranan penting dalam menggagalkan rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan ratusan ribu penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza, menurut laporan laman berita berbahasa Ibrani, Walla, yang memetik sumber-sumber Israel. Menurut laporan itu, Presiden AS, Donald Trump, pada awalnya berhasrat melaksanakan pelan “migrasi sukarela” untuk Gaza, yang disifatkan beliau sebagai langkah menjadikan wilayah itu “Riviera Timur Tengah” dengan memindahkan penduduknya ke negara lain. Bagaimanapun, pelan tersebut menerima…










