KERRVILLE: Jumlah korban akibat bencana banjir dahsyat yang melanda Texas sempena cuti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini kini meningkat kepada 104 orang, dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang giat dijalankan. Pihak berkuasa daerah Kerr, yang menempatkan beberapa kem musim panas termasuk Kem Mystic, mengesahkan 84 mayat ditemukan setakat ini, termasuk 28 kanak-kanak. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hanya beberapa jam selepas kejadian, pengendali Kem Mystic, iaitu…










