10 anggota bomba maut padam kebakaran hutan di Turkiye - Utusan Malaysia

10 anggota bomba maut padam kebakaran hutan di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Sekurang-kurangnya 10 anggota bomba terkorban manakala 14 lagi cedera dalam kebakaran hutan yang berlaku di wilayah Eskisehir, tengah Turkiye, semalam. Mereka sedang memadamkan kebakaran di daerah Seyitgazi apabila angin bertiup kencang dan menukar arah api secara tiba-tiba, menurut Menteri Pertanian dan Perhutanan, Ibrahim Yumakli. Pasukan bomba dan penyelamat bertungkus-lumus sejak Selasa untuk mengawal kebakaran tersebut. Sebanyak 24 anggota bomba dilaporkan terperangkap akibat perubahan arah angin yang membawa api ke arah mereka. Kesemua mereka dihantar ke hospital, namun 10 disahkan maut manakala 14 masih menerima rawatan lanjut. “Mereka sedang memadam…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN