TEHERAN: Israel melancarkan satu lagi serangan terhadap tapak nuklear bawah tanah Fordow di selatan Teheran, lapor agensi media tempatan Iran. “Penceroboh menyerang semula tapak nuklear Fordo,” lapor agensi berita Tasnim, memetik jurucakap pihak berkuasa pengurusan krisis di wilayah Qom, tempat tapak itu terletak. Serangan itu berlaku sehari selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap beberapa kemudahan nuklear Iran termasuk di Fordow, Isfahan dan Natanz. Presiden AS, Donald Trump, berkata serangan tersebut ‘menghancurkan sepenuhnya’ keupayaan nuklear Iran, namun pegawai lain menyatakan masih terlalu awal untuk menilai impak sebenar terhadap program nuklear…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya