Zionis larang warganya tinggalkan Israel, lapangan terbang ditutup - Utusan Malaysia

Zionis larang warganya tinggalkan Israel, lapangan terbang ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel melarang rakyatnya daripada meninggalkan negara haram itu susulan kebimbangan keselamatan berikutan peningkatan ketegangan dengan Iran.

Menurut laporan Haaretz, syarikat penerbangan domestik telah diarahkan supaya tidak membenarkan warga Israel menaiki penerbangan ke luar negara.

Lapangan Terbang Ben-Gurion, pintu masuk utama antarabangsa Israel telah ditutup sehingga diberitahu dan keputusan itu dilaporkan dibuat berikutan kebimbangan pihak keselamatan terhadap kemungkinan serangan balas Iran yang boleh mensasarkan lapangan terbang, sekaligus berisiko mencetuskan korban besar dalam situasi panik dan kesesakan.

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev mengesahkan langkah tersebut dan berkata pihaknya tidak akan meluluskan pemergian warga Israel ke luar negara buat masa ini.

“Hanya warga asing, termasuk diplomat dan pelancong dibenarkan meninggalkan Israel buat masa ini,” katanya.

Regev turut memaklumkan bahawa kerajaan sedang merancang operasi untuk membawa pulang lebih 100,000 rakyat Israel yang terkandas di luar negara dan menegaskan bahawa proses tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan terancang.

Namun, dasar tersebut mencetuskan kritikan hebat. Ketua parti Perpaduan Nasional Israel yang juga anggota kabinet perang, Benny Gantz mengecam kenyataan Regev di platform X.

“Seorang wanita tua menunggu pembedahan; seorang balu muda meninggalkan anaknya bersendirian di Israel, ini hanyalah dua daripada ribuan yang perlu pulang. Tugas anda, Menteri bukan untuk menghakimi tetapi untuk memastikan mereka pulang dengan selamat,” tulisnya.

Sekatan perjalanan ini menyusul selepas Israel melancarkan serangan luar biasa terhadap Lapangan Terbang Mashhad di Iran.

Walaupun Iran masih belum membalas serangan itu terhadap infrastruktur penerbangan Israel, serangan tersebut telah meningkatkan kebimbangan bahawa lapangan terbang kini mungkin dianggap sebagai sasaran dalam konflik yang semakin memuncak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×