WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menangguhkan keputusan melancarkan serangan terhadap Iran, sebaliknya membuka ruang selama dua minggu lagi bagi menghidupkan semula rundingan diplomatik yang terhenti sejak Israel melancarkan kempen pengebomannya minggu lalu. Menurut pegawai AS, Trump dan penasihat-penasihatnya berharap tekanan berterusan dari Israel termasuk kerugian besar aset peluru berpandu Iran akan mendorong negara itu untuk berlembut dan bersetuju dengan syarat-syarat yang sebelum ini ditolak, termasuk menghentikan aktiviti pengayaan uranium. Keputusan menangguhkan serangan ini dibuat selepas beberapa hari kenyataan keras dari Trump yang membayangkan beliau bersedia mengarahkan tindakan ketenteraan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya