Trump ragui bom bunker AS dapat musnahkan nuklear Iran

Trump ragui bom bunker AS dapat musnahkan nuklear Iran

BOM GBU-57 sebelum ini didakwa mampu memusnahkan loji nuklear utama Iran. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menangguhkan kelulusan sera­ngan ketenteraan terhadap Iran susulan keraguan terhadap keberkesanan senjata utama yang dirancang untuk digunakan iaitu bom GBU-57 ‘bunker buster’ seberat 15 tan.

Menurut laporan eksklusif The Guardian, perbezaan pandangan tercetus dalam kalangan pegawai kanan di White House dan Pentagon mengenai keupayaan bom berkenaan.

Para pegawai saling berhujah sama ada bom berkuasa tinggi itu benar-benar mampu memusnahkan kemudahan nuklear Iran yang terletak jauh di bawah tanah, khususnya di tapak pengayaan Fordow.

Trump hanya akan membenarkan tindakan ketenteraan sekiranya terdapat keyakinan penuh bom berkenaan boleh menghancurkan keseluruhan kompleks Fordow secara menyeluruh.

“Ini bukan serangan sekali selesai,” kata Mejar Jeneral (B) Randy Manner, bekas Timbalan Pengarah Agensi Pengurangan Ancaman Pertahanan (DTRA).

“Fordow boleh dibina semula dengan cepat. Ia mungkin hanya melambatkan program itu selama enam bulan hingga setahun. Ia kelihatan dramatik di televisyen, tetapi tidak realistik,” katanya kepada The Guardian.

Walaupun pegawai pertahanan percaya GBU-57 berpotensi meruntuhkan terowong atau memusnahkan sebahagian daripada sistem kompleks Fordow, Trump masih kekal ragu-ragu dan belum memberikan kebenaran rasmi untuk operasi ketenteraan.

Trump mempertimbangkan sama ada ancaman serangan secara langsung dari AS sudah mencukupi untuk memaksa Iran kembali ke meja rundingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×