WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan hartawan teknologi, Elon Musk saling bertikam lidah dalam media sosial kerana perbezaan pandangan mengenai Rang Undang-Undang Pemotongan Perbelanjaan dan risiko kemelesetan ekonomi akibat perubahan tarif perdagangan.
Trump menersi Truth Social mempertahankan rang undang-undang tersebut dengan menyifatkannya sebagai yang terbaik pernah dibentangkan di Kongres.
“Saya tidak kisah jika Elon tidak menyukainya, menolaknya, tetapi dia sepatutnya melakukannya beberapa bulan lalu.
“Ini adalah rang undang-undang terhebat pernah saya bentangkan dalam Kongres,” katanya.
Musk pula menerusi platform X memberi amaran dasar Trump boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi.
Pertelingkahan itu memberi kesan besar terhadap pasaran saham apabila Tesla merosot sebanyak 14.3 peratus, menghapuskan AS$150 bilion nilai pasaran.










