WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi menegaskan Washington tidak terlibat dalam serangan udara Israel terhadap Iran. Dalam hantaran terbaharu di platform Truth Social, Trump memberi amaran sebarang tindakan balas daripada Teheran akan mencetuskan serangan tentera yang belum pernah disaksikan sebelum ini. “Amerika Syarikat tidak terlibat langsung dalam serangan terhadap Iran. “Namun, jika kami diserang dalam apa jua bentuk sekalipun oleh Iran, kekuatan penuh dan kuasa angkatan tentera Amerika…










