WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Israel supaya memberikan pengampunan kepada Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu atau membatalkan perbicaraan terhadapnya berhubung tuduhan rasuah. Netanyahu didakwa pada 2019 di Israel bagi tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah yang semuanya dinafikan beliau. Perbicaraan bermula pada 2020 dan membabitkan tiga kes jenayah dan Netanyahu mengaku tidak bersalah. Trump menerusi platform Truth Social berkata, perbicaraan Netanyahu sepatutnya dibatalkan serta-merta atau diberikan pengampunan kepada beliau yang banyak berjasa kepada Israel. Media Israel melaporkan sesi soal balas terhadap Netanyahu bermula pada 3 Jun lalu di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya