ATHENS: Sebuah pesawat rasmi milik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikesan mendarat di Lapangan Terbang Athens, Greece, pada petang Jumaat, beberapa jam selepas melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran. Perkembangan terbaharu itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemerhati politik dan pengguna media sosial yang mengaitkan kehadiran pesawat tersebut dengan langkah keselamatan tergempar atau misi diplomatik rahsia. Laporan TRT Global menyatakan, data daripada laman pemantauan penerbangan FlightRadar24 menunjukkan laluan dan waktu pendaratan…










