WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau akan membuat keputusan sama ada untuk menyertai serangan Israel terhadap Iran dalam tempoh dua minggu akan datang, kerana masih terdapat peluang ‘yang besar’ untuk rundingan bagi menamatkan konflik. Tindakan Trump untuk menekan butang jeda mungkin membuka ruang bagi diplomasi, selepas beberapa hari timbul persoalan hangat sama ada beliau akan mengarahkan tindakan ketenteraan AS terhadap Teheran. Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, membacakan kenyataan daripada Trump selepas beliau menyatakan ‘banyak spekulasi’ mengenai sama ada AS akan ‘terlibat secara langsung’ dalam konflik tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya