BANGKOK: Penutupan laluan utama di sempadan Thailand-Kemboja secara mengejut sejak Sabtu menyebabkan ribuan pelancong dan penduduk terkandas. Pasukan keselamatan dari kedua-dua negara menutup lintasan sempadan di daerah Aranyaprathet di tenggara Thailand dan Poipet di barat Kemboja berikutan ketegangan yang semakin memuncak sejak 28 Mei lalu. Penutupan itu menyebabkan ramai warga Kemboja terkandas di Thailand dan menjejaskan mereka yang berada di pasar sempadan Rong Kluea. Para peniaga Kemboja dilaporkan berpusu-pusu cuba pulang ke Poipet sehingga menimbulkan kesesakan teruk apabila ribuan orang dan kenderaan beratur untuk proses mengecop pasport. Aliran trafik sesak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya