TEHRAN: Stesen televisyen Iran melaporkan serangan Israel semalaman telah membunuh seorang saintis nuklear di utara negara itu, sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata gencatan senjata sedang berkuat kuasa antara dua seteru di Asia Barat.
Memetik sumber, penyiar melaporkan pembunuhan Mohammad Reza Seddighi Saber di kediaman ibu bapanya di Astaneh-ye Ashrafiyeh di utara Iran.
Mohammad Reza Seddighi Saber berada di bawah sekatan AS. Beberapa hari lalu, anak lelakinya yang berusia 17 tahun dilaporkan terbunuh dalam serangan di rumah mereka di Tehran, kata penyiar itu. – AFP