TEHERAN: Organisasi Tenaga Atom Iran menyatakan negara ini tetap akan meneruskan program nuklearnya seperti biasa biarpun tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga pusat nuklear utama. “Organisasi memberi jaminan program nuklear Iran masih boleh berjalan seperti biasa walaupun berlaku serangan tidak diduga oleh pihak musuh. “Program nuklear Iran tidak akan terhenti dengan sia-sia,” menurut organisasi tersebut. Terdahulu, Presiden Donald Trump memaklumkan tentera AS menggugurkan bom di tiga pusat nuklear utama Iran. Trump menyatakan, serangan berkemungkinan dilancarkan lagi jika Iran masih berdegil untuk mengadakan semula rundingan nuklear dengan AS. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya